Archive for September, 2006

Love In A Void - Dark Throne coversong of Siouxie and the Banshees

Tuesday, September 19th, 2006

Title: Love In A Void - Dark Throne coversong of Siouxie and the Banshees
Siouxie and the Banshees adalah salah satu pure gothic nyer band … wuhuu…
Dapatkan album mereka sekarang!! ‘The Cult is Alive’ concept yang masih sama …
Blackmetal … yeargh!!

Back to my life story …
Hari ni merupakan hari paling bz sepanjang aku bekerja di ACS ni.
masuk-masuk keja dalam 8.15 AM dah terus start meeting/training.
Sampai la pukul 12 lebey … dan dengan ini maka bermulalah operation aku …
Manager aku dah cakap aku dah bleh start operation and layan tiket …
tapi sekali aku check satu satu ticket kat queue aku .. haram!!! satu pun tak reti …
aiyakkkk…..
yang aku reti semua dah takdek … depa ni tinggal ticket payah payah jerk nih …
process pun aku tak sure agi nih …. takpa … pelan pelan kayuh …

*Ting! Tong! Aku merinduimu…..

Walk The Path Of Sorrow

Wednesday, September 13th, 2006

Click Here to listen to sample of Walk The Path Of Sorrow

Apa kata kita menghayati detik detik ini dengan mengingati saat-saat indah bersama kengkawan …
di tempat kerja lama ….  hari makin hari …  seorang demi seorang hilang membawa diri masing masing mengejar impian dan cita-cita …. tapi sedikit sebanyak pengalaman bersama telah membuka minda kita dan mengajar kita erti kehidupan. Perjalanan kita masih jauh …

Hail Metal … Metal Terus!!!

PURITANICAL EUPHORIC MISANTHROPIA

Monday, September 11th, 2006

Title yang menarik isn’t it?  Ni la tajuk Album untuk band yang bernama Dimmu Borgir.

Click Here to see the picture

Aku baru lepas presentation utk Communication Assesment pagi tadi … I’m a few words man .. or should i say, man of action!! heheh …

And today I feel busy coz I’ve a lot to think on the arrangement for the knowledge transfer.
Environment kat sini seolah-olah aku takdek kena-mengena ngan team lain walaupun bawah tower yang sama …. account yang sama … tapi operation-wise … you’re on your own. How to start the operation? How to do the knowledge transfer? Semua ni aku kena manage and arrange sendiri ngan aku punya US counterparts. Manager aku plak cakap .. office hours dia 11PM - 8 AM M’sia Time so pilih sendiri what time yang aku bleh utk meeting ngan dia as long as dalam waktu office hours dia.
Office hrs aku dia tak kira …. huhu …

Mula2 aku ingat nak make things smooth, kita mengalah, datang office midnite time pastu layan meeting and day after datang keja cam biasa or mungkin lewat skit. Tapi fikir2 balik … profesionally aku tak sepatutnya wat camtu. If there’s a problem, better tunjuk dari awal. Supaya lepas2 ni tak jadi issue. Kalau nak mintak buat in night shift temporarily … bahaya!! kang lepas ni direct depa suh keja night shift plak … so better biarkan depa decide dulu sebelum aku buat suicidal suggestion camtuh….  uish byk yang perlu dipertimbangkan …. herm…

Erm …. senak skit kepala berfikir ari nih .. tapi ini yang buat aku syok …. otak aku dah mula di utilize untuk menda menda camni. heheh….

Lagu Background: Kings Of The Carnival Creation - Dimmu Borgir

First Day in Cyberjaya

Monday, September 4th, 2006

herm…  pelik jugak aku .. dia punya excited tak macam sebelum nih …. kalau sebelum nih aku punya la nervous … hari pertama la katakan … tapi kali nih … macam agak relax .. cool … kira macam boleh control peredaran darah aku ngan baik …. eheh..

7.30 pagi aku bertolak dari rumah … sambil dihiburkan oleh K&K (Khairil & Kiran) @ Era .. 
pagi ni depa nyer topic… perkara yang memalukan berlaku dipublic …  ada yang lawak .. ada yang tak malu pun ada cerita …  akak tu pi citer pasal dia nyer kain dalam tertanggal kat depan org ramai … kalau org yang tengok citer pengalaman ni okey la jugak … ni tuan punya badan sendiri call radio utk share pengalaman ni ngan org … ish … payah aku nak kategorikan akak nih … lantak kau lah!!

sampai cyberjaya around kul 8.10 … aku pi drop KaFaNaZ .. then bekfes dulu kat Hassan Cafe ..
Fauzan dah tunggu kat sini … aku ingat nak bekfes kat terminal tapi dah Fauzan dah mmg kat situ .. join jer ler dia …. awal mamat ni sampai … subuh kat sini kot?!

masuk ofis dalam pukul 8.45 .. tunggu punya tunggu … cesss…. depa ni keja pukul baper sebenarnyer nih?! yer yer cakap suh masuk 8.30 …. pukul 9 lebey tarak apa lagik ….  selain aku ngan wan ampang .. ada lagi 2 org yang baru masuk .. disebabkan suasana bilik tu … dengan luas … cerah … macam citer matrix tu…. jadik kami semua keras utk beberapa minit …  seolah olah datang nak mesyuarat nak declare perang jaaa…. aku pun mulakan pertanyaan … "You guyz reporting today?" "Yeah" .. pastu jadi la sessi perkenalan diri sendiri pastu aku serahkan kat wan ampang untuk meneruskan conversation seterusnya … heheh .. mamat ni pakar dalam membuat kawan dan bersembang ngan org yang tak dikenali.

Pastu lama sket datang la Anum bagi brief introduction … bagi stationery … guidebook camana nak jadik staff kat sini … (Employee’s guidebook for dummies!) .. bagi mug ..
pastu terkejut aku .. belum apa2 dah ada family day .. 16 Sept ni … buat kat Genting plak tuh..
tarikh yg sama aku dah janji ngan Sarjen n Irda … takpe .. later pikir …
then datang plak sorang lagik mamat bawak pegi cubicle …  tapi bleh katakan friendli gak aa org2 kat sini …. yezzaa dpt dah tpt masing2 .. nice gak aaa cubicle nih … tinggi sket so privacy skit la rasanya … pastu meja dia besar .. cornered table so ada dua side …  tapi … ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari … serious shit! mmg hujan lebat gila tengahari tadi .. eheh … aku masuk park kat dalam taruk kat bahagian handicapped parking lot .. eheh … tapi yg aku maksudkan dari peribahasa tu actually pasal dalam duk dapat menda2 best nih … sekali network dia macam team aku sebelum ni daa…. byk restriction plak dahh…. YM seperti biasa … takleh dload … herm…  aku pakai aim kat sini … jom la weh kengkawan pakai aim … uwaaa… :((

ari ni lunch ramai-ramai gak aa…. ngan kafanaz, Iblyszael, DarkRosli, Force, Nik Rozian, wan ampang dan Iskandar (HaiPai) … iskandar sampai lambat sket … so sempat jumpa kejap jer … pastu aku terpaksa blah sebab nak kena antar KaFaNaZ dia tak bleh kuar lama2 ….
P/S: depa cakap menu paling power kat terminal cyberjaya … 1. Pedal ayam (lauk nasik) 2. Kuay Teow Sup Daging …. dua ni bleh dijadikan default ataupun favourite menu. orait! besok aku test!

Pastu masuk ofis … teruskan rutin org baru seperti biasa .. iaitu menghitung hari sambil menanti arahan dari saper saper yang kita tatau dan harapkan ada org datang bagi apa2 info kat kita …
and oopss.. aku baru jerk dapat satu task .. kena buat talk utk orientation session ..  3 minutes talk … haram tui …  pastu sangap balik … sambung rutin!

anyway … miss u all guyz!!!