5:00PM - Bermulalah lembaran baru idup aku untuk hari ni.
7.20PM - Teman Leila@KaFaNaZ berbuka kat Ali Maju … terpaksa la makan kat kedai Ali Maju ni dah ni ja kedai paling dekat ngan ofis … senang aku nak masuk keja terus nanti ….
8:20PM - Dengan penuh dedikasi aku naik atas swipe access card dan sign attendance … wahh ari ni awal lagikk … yes! Dan dengan penuh dedikasi nyer lagi aku turun bawah balik lepak kat lobby.
8:30PM - 10:30PM - sukar untuk aku tafsirkan apa aktiviti yang aku lakukan dalam waktu ini.
(Lagu background: Kenangan Terindah - Samsons)
Sekali dapat sms .. sian budak team aku …. sampai kena sms panggil aku balik utk tolong depa handle ticket… terganggu proses pembikinan koleksi kenangan terindah dalam hidup aku …
11:20PM - baru la clear queue .. boleh banyak plak ticket malam nih …
11:30-12:30PM - Sekali lagi sukar utk aku tafsirkan apa aku buat ketika ni ….
(Lagu background: Fantasia Bulan Madu - Search) ~ quote of the day: Ko mungkin ingat aku serious time ni tapi sebenarnyer aku sengeh jerk ni .. heh
12:40AM - Deal ngan memember nak gi makan …. aku pun sebenarnya tak lapar tapi ntah macam kalau tak gi keluar makan … tak sah plak datang keja shift nih… sekali Fazli pulak kena handle escalation …. reen punya tahap mengantuk dah masuk stage 3 dah … kat bench marble yang sejuk kat luar tu pun boleh dia layan tido lagi … arepeace pulak masih lagi dalam stage 1 nak masuk stage 2 … itu yang member borak sedap ja tuu… layan ngantuk nyer pasal .. ehehe…
1:15 AM - Fazli turun … itu pun selepas aku dah mintak bantuan luar utk ingatkan dia ada ummat yang tunggu dia kat bawah nih …. ari ni dinner/supper kat kedai Aiman .. pegi ngan keta arepeace …. satu pertaruhan yang amat tinggi telah dibuat .. parking lot … gila berharga parking lot sekang … parking nyer hal sekang jangan buat pasal .. silap2 boleh settle bertumbuk tuuu…. tapi sebab takdek choice .. arepeace telah memperjudikan parking lot dia. kalau bernasib baik … ada la tu balik nanti.
2:30AM …. fuhh makan sup ayam + nasik … layan jugak sup ayam dia malam nih. Tapi pekerja dia tu mmg la tak friendly langsung .. ntah kenapa aku macam nak marah jaa kat pekerja dia tadi … tapi aku tengok orang lain relax jaa .. perasaan aku ja kot … mungkin sebab aku ngantuk sehingga mengganggu peredaran hormon dalam badan aku … it’s OK think positive!
3:00AM - Balik ofis balik … semua orang layan kepala … reen masih lagi kekal di stage 3 .. aku ingat pasni dia boleh masuk stage bonus kot kat surau. Fazli dah malas nak bercakap dah … arepeace pulak dah layan drift pulak … aku? memerhati gelagat kawan-kawan sambil melayan lagu yang arepeace pasang .. album baru Search - Gothik Malam Edan … gila power .. Hillary is back!!! dengar gitar dia dalam lagu fantasia bulan madu … perghh … rasa mcm seolah olah aku la dato’ K
3:15AM - aku tulis blog nih … dan ketika ini aku dah mula nampak window ni makin kecikkkk …
okay guyz .. aku nak tido dah …. nanti pukul 6 aku ada duty untuk kejut org yang penting dalam idup aku …
————————————————————————————————————
"A hero is born among a hundred, a wise man is found
among a thousand, but an accomplished one might not be found even among
a hundred thousand men." ~ Plato