Archive for February, 2006

Busy Nite…

Tuesday, February 28th, 2006

Hari ni adalah hari yang sama seperti hari hari lain … cuma akhir akhir ni kehidupan di ofis terasa semakin happening .. dengan member member yang happening … sedikit sebanyak rasa ada motivasi utk kerja dan keep on struggle dengan life kat sini. Thanks to all colleagues and friends ….

aku dapat sedikit sinar harapan hari ni dari a ‘man of honor’ yang byk menolong aku sepanjang aku bekerja di sini… start dengan sembang sembang pasal kerja … dia pun dah makin naik pangkat … dah tak terlibat ngan engineers and projects langsung dah …. sekali bila aku ceritakan kerisauan aku kat sini dengan team dah nak tutup .. asalnya aku mmg sekadar bercerita .. sekali dia pi contact dia nyer member … dan dengan tidak disangka sangka aku dapat satu peluang utk masuk team baru … tapi just dapat peluang interview la… it’s good enough for me rather than doing nothing waiting for the end of the day … walaupun mende ni require skill yang sememangnya tak ada pada aku .. aku akan cuba sebaik mungkin … tapi kalau bukan rezeki aku … takleh cakap per gak kan … anyhow aku harap aku dapat la nih….. aku seboleh boleh nak stay jerk kat sini … malas nak pindah pindah keja sangat …

kegembiraan dimalam ini ditambah lagi dengan kemeriahan makan malam bersama otai otai first half dari emerio dan excellink … Aznirul the Troy belanja makan kat sri gombak … Jeez seafood. The food? not bad … tapi tempat tu mmg aku dah selalu pegi …. situ sedap kalau layan ikan kerapu masak 3 rasa .. nak masak 16 rasa pun bolehhh…. tapi malam tadi dah makan ikan … so malam ni kita layan lain sket la pulak kan … Big Thanks to our sponsor tonight Aznirul Telur Bungkus Sdn. Bhd.

Dalam aku menceritakan kisah aku dimalam ni sebenarnya aku bz gila malam nih … dari awal masuk keja … sampai sekarang duk bz lagik .. tapi aku cilok skit masa utk update blog nih …. kalau tak update blog aku rasa macam aku missed SLA plakkk….. and as you have read this blog until this line .. I wanted to thank to all of you for allowwing me to be part of your life today.

"Tiada Satu Kejahatan Yang Baik," kata Castello.

Bak Ular Sawa kekenyangan…

Monday, February 27th, 2006

Fuhh malam ni Riduan open table .. Wichuda Uptown … layann..

Hidangan:

* Nasi Puteh - 5 org makan

* Ikan Siakap Masak Sweet & Sour - Giant Size

* Tom Yam Campur - 5 org makan

* Telur ‘Aznirul’ Bungkus - 3 org makan

* Kailan Ikan Masin - 3 org makan

* Sotong Celup Tepung - 19 org makan!!!

makanan best …. puas hati jugak la…. Thanks to Riduan.

Semua balik muka kekenyangan …. Az tak amik plak gambar dinner tadi apo laaaa…

Ari ni dapat news aku ada interview oleh EDN Singapore hari Khamis nih …. ada projek EDN nak masuk so depa nak tengok apa EDN Malaysia nih buat selain dari surfing, tido dan makan.

Memoirs of Gaysha…

Sunday, February 26th, 2006

keja di malam Ahad .. indahnya panorama … takdek keja …

ada sebenarnyer .. aku jer yang buat macam takdek … hehe

layankan conference room si Az nih … ajak pi dinner .. gila dragging …  berjam jam nak decide tempat sajer .. last last gi kampung baru kul 1.30 sibbaik awal lagik… kalau ikutkan discussion mau kena postpone dinner sampai pagi .. pekena ikan bakar .. tomyam campur … telur bungkus .. kailan ikan masin … layannn..

pastu masuk keja sambung balik keja keja tak berfaedah …

menunggu abis shift!

Life ain’t that easy..

Wednesday, February 22nd, 2006

kehidupan berjalan seperti biasa …. boring pun ada … bila dah duk rumah sensorang nih …. mengadap pc jerk seharian … tapi apa sumbangan aku pada org di sekeliling aku nih aku pun tataw laaa…. nak buat aper pun macam takdek ‘motivasi diri’… nak basuh kereta/motor???? jgn harap … nak gi swimming .. sauna???? ntah laa berat jerk rasa badan nak pi … walhal menda semua kat bawah tu jerk …. and the worst is .. nak gi makan … aisehhhh takpe laaa lapar camana pun …. rasa cam jauh sangat jerk tpt makan …. gila … life aku macam dah isolated dari dunia luar …. apsal aku jadik camni?? aku kena fikirkan sesuatu bagi life aku happening sket…. takper .. pelan pelan kayuh …
herm… 
 

Kemalangan Ngeri di Jalan Dungun

Monday, February 20th, 2006

Fuhh … pagi ini seperti biasa … aku merempitkan diri dari Jalan Kuching masuk ke Roundabout Jalan Duta menuju ke Damansara melalui Jalan Dungun. Track biasa aku pagi2. Pergh… dah dekat nak sampai depan Shell tu ada sekor kucing dah terbarai kat tengah jalan … ngeri siot … aku tengok dia nyer isi perut semua dah berterabur dah kat tengah jalan … mata dah siap terkeluar …. siap kereta-kereta yang lalu lalang main pijak pijak jerk selamba …. otak semua dah terkeluar … aku tengok daging daging dia mmg dah bersepah dah ….. kaler pink camtu …. darah semua dah beku dah masa tuh…. dan aku hanya memerhati kucing itu.

Another Sunday in HP

Saturday, February 18th, 2006

Damansara Height, Feb 19 - Tidak seperti hari-hari yang lain, bekerja di Hari Ahad adalah begitu menarik. Pelbagai kekurangan dan masalah yang dihadapi pada hari-hari lain dapat diatasi pada hari ini. Masalah kesesakan lalu lintas boleh dikatakan tidak wujud untuk hari ini. Bagaimanapun masih ada segelintir yang masih menggunakan kesesakan lalu lintas sebagai alasan untuk hadir lambat dari waktu yang sepatutnya.

Perjalanan aku ke office pada hari ini digemparkan dengan satu kemalangan maut yang berlaku di Jalan Duta pagi ini. Mangsa disyaki dari kalangan penunggang motor berkuasa tinggi. Tapi aku dengan tenangnya terus menunggang motorsikal aku ke pejabat. Memandangkan aku dah lewat dah!!!! hehehe…. lewat sejam maa….

Future… captain future!!!

Wednesday, February 15th, 2006

Hail to all bloggers out there….

Hari ini adalah hari yang seterusnya utk aku dalam team aku yang bakal ditutup nih …
dan seterusnya this project will be moved to Bratislava. Tinggal la kami pencacai pencacai kat sini tanpa arah tujuan …. bergantung nasib pada Emerio. Baik yang diberi … baik la yang kami dapat. Dan begitulah sebaliknya.
Kerja lately dah makin berkurang, kalau according to Rick Simnitt, dia kata sebab sekarang ni kitorang nyer 3rd level buat keja development gila gila so semua wat jadik automate. sebab tu less problem and tickets lately. Biar betul ko Rick!!! ke sebab nak tutup kedai dahhh….

In current situation, apa yang kita boleh buat is keep the faith … selalu berdoa dan bertawakkal.
Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

Mistik

Wednesday, February 8th, 2006

Hello all bloggers out there….

Tak semua org percaya kewujudan menda menda mistik nih ….
tapi camana pun memang la menda menda ni wujud … semuanya makhluk tuhan…

Aku nih bukan la kategori org yang berani sangat dalam hal-hal nih …
tapi buat buat berani tu boley laa… :)

Beberapa hari lepas .. kat surau ofis aku, aku naik semayang isyak lambat skit … dalam kul 3 ke 4 AM camtu laa…. sebelum ni aku tak penah plak rasa something wrong kat surau ofis nih … selalunya kita dapat sense kan menda menda camnih .. tapi this time … masa aku masuk jerk surau .. nak start semayang … tetiba jerk bunyik cam org berlari kat depan pintu surau tu … serious cakap lu … bunyi kasut aa .. ala-ala kasut pompuan .. aku cam terdetik kat hati aku … ada ka pakai kasut kat tempat laluan tu … sebab situ suppose dah tak bleh pakai kasut/selipar dah …
aku buat tak reti jerk la kan .. continue semayang … then masa tengah semayang tu .. mmg clear la bunyik org  amik wudhu’ kat tpt org laki … walaupun ngah semayang … tapi yer la bunyik clear kan … mmg la perasan … pastu senyap balik … takde org masuk2 dalam surau … pastu lama skit .. bunyik lagik org bukak paip tuh … masa tu aku mmg dah nak sudah dah …
kira mmg dah nak bangun keluar la…  aku boleh katakan jarak masa paip tu berenti bunyik ngan waktu aku keluar tu mmg tak lama… tapi bila aku keluar jerk … mmg takdek org .. kasut takdek aper takdek ….

aku pi tengok tempat wudhu’ tu pun clear jerk …

herm… mungkin ada ‘benda’ tumpang sembahyang kot….

Aku tak bukak pun citer kat dak ofis aku …. malas nak kecoh aa … karang ada yang buat reason citer aku nih utk tak nak gi naik semayang plak…. hehe..